Friday, November 26, 2010

ISP Liability act

this is from the star 26/11/10. link

KUALA LUMPUR: A proposed new law will enable Internet Service Providers (ISP) to suspend or terminate the Internet accounts of P2P (peer-to-peer) users.
ISPs will send two warning letters to illegal downloaders. Should the downloaders still persist, the Internet access will be suspended or even terminated.


I think some people just don't understand how internet works. there are so many ways to download stuff , if you want it. there are so many ways to conceal your IP, and we still can use youtube for godsake.

In order for ISP to effectively doing their job when this law comes to effect is preparing a list of sites that need to be blocked, to make their job easier. we all know where it is going after that, the list will get longer and longer.

Anyway, this is not about download, this is about controlling what you can and can't access on the internet. somebody else will decide what is good and what is bad for you. E.g Hitler.

This means, somebody, somewhere is monitoring your internet usage.

I'll end this rant with advice from Ministry of Love, which is "do not commit thoughtcrime".

Thursday, November 11, 2010

Finally..


bak kata peqli, aku baru dapat lesen untuk mengurat anak dara orang.

aku nak balik Malaysia.

walaupun, secara logiknye kerja kat sini lagi best, lagi banyak duit, tak kena buli kat sini, tapi aku nak balik malaysia gak. sebab bosan tahap gaban kat sini. semua orang pon sibuk keje. ezal kerja gila babi nyer kuat sampai orang polish pon segan tgk die punye working hours. jali dgn aimee pon same gak. rafiq masih kat gym angkat besi. hani kat tralee tgh tensen sebab dah lepas EDD tapi anak taknak kuar. aiyad layan bini dgn anak. aku nak kuar town pon weather macam sial kat galway.

jadi kesimpulannye, illogical decision is the best decision.

tapi tak sempat jugak nak pergi kahwin nasrul. haram betul la mamat nih. kate nak buat bulan 12. pehal tetiba nak cepat kan plak. tensen tol la.

tahun depan jawa plak, pastu jali.

Wednesday, November 03, 2010

Friday, June 18, 2010

king of gossips

bet uve never heard a story like this before (before ko proceed, ni disclaimer nya : aku taktau sejauh mana benarnya cerita ini sebab aku tak tgk hx notes dengan mata aku sendiri, cuma dapat dengar curi2 sahaja)


so ari ni aku masuk ot utk sports team la,
ade la 1 kes meniscal tear ngn 1 kes lateral collateral ligament tear.

sebelah ot aku ade spine nye emergency ot. (HKL je yg ade spinal ortho team aku rase)
referred case from Hosp A.
medicolegal.

aku tak tau la brp umur makcik itu, tapi ceritanya begini lah
nak buat op : TAHBSO, elective la kot. under spinal or epidural aku pun x sure.
so korang rase what went wrong yg jadi medicolegal-spinal-emergency op?
clue : it all happened during anesthesia nye phase

sape leh teka ko mmg ade daya imaginasi yang super hebat.

tapi aku rase korang nye daya imaginasi tak hebat mana pun. lemah.

hahaha

ok la, cite nye, during spinal/epidural tu, needle patah. aku x tau la needle yg LA tu ke or yg epidural/spinal nye needle
so emergency op tu : removal of foreign body dekat belakang la.
(aku tak tau la dislodge kat mana bende tuh)

so tu la, len kali kalau diorg tanye possible complications of epi/spinal, korg tau la ape jawapan nye.

Wednesday, May 19, 2010

mari belajar CPR

WTF! i watched this afew times but still can't remember the steps.

Sunday, May 09, 2010

pantang kalah.

mula-mula.. kalah ngan aiyad...
takpe, aku sabar, ini sume dugaan

lepas tu.. kalah ngn chota pulak...
takpe takpe, chota lagi tua dari aku

tapi kali ni.. kalah ngn arsyad ngn keras...

ini tak bulih jadi! sudah melampaui batas-batas logik



hahahahahahahahahahahaha.

one thing to look forward to is that bebudak local yang baru grad dah start buat induction (HOOYEAHHHHH)

Friday, May 07, 2010

hebahan nasional

hari ni jawa lubuk. kalah lawan aku pro evo.
kepada nasrul lak. ko nasib jek menang tuh. haha

Wednesday, March 17, 2010

sua sue kemuning (sempena hari st patrick)

Dulu tentera british kawad pagi-pagi nyanyi lagu ni kat malaysia.
lirik dia sebenarnye "so early in the morning" tapi bila orang melayu dengar bunyinya jadi "sua sue kemuning".
akhirnya, jadi la lagu sua sue kemuning.
lagu ni lagu folk irish. menarik betul. -citation needed-

Saturday, March 06, 2010

gotta love the oldies

"cara mengelak selesema burung" :


1. Jangan bermain dengan burung.
2. Jangan memegang burung atau digaru (terutama di khalayak ramai).
3. Biarkan burung berada dalam sangkarnya.
4. Jangan sekali-kali dibiarkan sangkar burung terbuka.
5. Jangan biarkan burung masuk ke sangkar lain. (merbahaya..)
6. Apabila burung dalam keadaan tidur biarkan ia tidur, jangan
sekali-kali ditarik kepala/lehernya untuk membangunkan, ada
masanya burung akan bangun sendiri.
7. Jangan mencabut/mencukur bulu yang ada disekitar burung
(supaya burung tidak kelihatan lucu....)
8. Jangan sekali-kali menghisap kepala burung (dikhuatiri burung akan menjadi mual terus muntah ...)
9. Jangan suka main pintu sangkar, di takuti burung akan tersepit!!!
10. Paling penting..jangan masukkan plastik ke kepala burung.....tak rasa apa-apa beb.... **

Saturday, February 20, 2010

sigh

Sunday, January 24, 2010

always the bride's guest, never the bridegroom

aha
weekend ni ade 3 wedding
semalam siang was atiqah (classmates mase kat kmb, one of my best buddies) ngn johann dekat putrajaya
malam tu pulak aizat azri + majidah (both were schoolmates mase mrsm tpg)
hari ni pulak azwa (colleague kat hkl) + azrin

besok dah start keje balik.
aih.

anyways; santapan hari ini:


Friday, January 01, 2010

lelaki sepi: mengapa ia berlaku?


merujuk kpd entry najib dibawah, ada beberapa sebab perkara sebegini boleh terjadi. ada faktor individu itu sendiri dan juga orang lain. berikut adalah antara sebab mengapa perkara sebegitu boleh terjadi (susunan secara rawak):

1. kurang yakin terhadap diri sendiri utk mencari pasangan, sentiase merasakan diri sendiri tidak sesuai dgn wanita yg disukai atau merasa diri sendiri penuh kecacatan luar dan dalam
2. mungkin dia mempunyai sifat pemalu yg menebal dlm diri, malu utk berkenalan, malu utk memulakan perbualan, malu utk betentang mata dan ultimately malu utk meluahkan perasaan. ini sungguh common ok.
3. kalah sebelom berentap. lelaki itu mungkin telah berputus asa terlebih awal sebelom mencoba. merasakan diri itu akan direject sebelom berusaha. salah menggunakan salah satu 7 habits of highly effective people iaitu "begin with the end in mind"
4. sifat malas. malas utk berusaha. hanya mengharap wanita pilihan dtg kepadanya. umpama menunggu bulan jatuh ke riba.
5. cepat rasa cemburu. cemburu melihat wanita yg dia suka bergaul dengan orang lain padahal mungkin orang2 itu hanyalah teman2 biase. rasa cemburu itu menyebabkan dia merasa kurang yakin lantas berhenti untuk berusaha.
6. pengalaman pahit dimasa silam. lelaki itu mungkin pernah mengalami pengalaman keceper [kecewa percintaan] beberapa kali dimasa lepas menyebabkan dia berasa lemah diri dan berputus asa utuk mencari cinta lagi.
7. physically, lelaki itu mungkin less attractive di mata wanita yg dia sukai. ini soal subjectif. blame kat perempuan la. jgn memilih sgt ok. bab physical ni boleh dibincang di topik lain.
8. faktor keluarga. mak ayah mungkin terlalu memilih. yg disukai lelaki mungkin tak disukai mak ayah nya. faktor mak bapak juga boleh dibincang ditopik yang lain.
9. lelaki itu mungkin tidak bertemu langsung dengan wanita yg dia suka. atau mungkin tmpat dia berada itu tidak ada byk perempuan atau tidak ada langsung. contohnya di plantar minyak atau di atas kapal tangki. ini sgt bahaya!
10. terlampau byk teman wanita. lelaki tidak tahu mahu pilih yang mana satu. mahu pilih A tapi tak mahu lepaskan B. ataupun mahukan C tetapi diugut bunuh oleh D. ataupun A,B,C,D semua mahukan si lelaki dan rela bermadu, tetapi si laki tidak hingin langsung kan semuanya lantas hanya berdiam diri dengan harapan cube melupakan semuanya. lantas si lelaki takut utk mencari teman baru kerana masih dibayangi kisah2 silam.
11. terlalu sibuk. sibuk sehingga tiada masa utk bersocial. apabila sudah lewat, baru dia sedari yg wanita2 disekeliling nya sudah tidak single. lalu pilihan semakin berkurangan. merasakan ruang diri semakin sempit. lalu berputus asa
12. kurangg berdoa dan sentiase keliru. tidak tau membuat keputusan. keliru dan terus keliru. dalam masa yg sama tidak memohon petunjuk dari Allah.

perkara ini akan bertambah parah apabila kedua blah laki dan perempuan mempunyai perasaan yg sama. kedua2 mungkin malas, atau sudah berputus asa. lalu mustahil utk ada pertemuan. walau apa pun, perlu ditekankan bahawa jodoh ditangan Allah, tetapi kite kene berusaha. takde usaha tak dapek la oi!!

sekian... huhu