Saturday, September 29, 2007

Anaesthetists




aku tak tau nape tapi aku rase bende ni mmg sebijik ngan ape yg aku tgk kat ot.

Sunday, September 16, 2007

Pasukan Bola Galway

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam entri kali ini kita akan membuat satu penilaian terperinci bertumpukan pemain-pemain professional pasukan bola sepak Galway untuk Liga Atas Angin Divisyen 1 bagi musim kali ini.

Pemain-pemain Aktif

Nasrul Hadi aka Higginbotham
Umur - 23 tahun
Asal - Teluk Intan, Perak
Posisi - Center-back, Sweeper
Kebolehan - Trap bola, gentel-gentel sikit, dan clear walaupun takde threat.
Kebolehan istimewa - Gentel 3 biji bola sekaligus. Namun skill ini hanya boleh digunakan untuk masa yang terhad. Kaki kirinya dikatakan setanding dengan kaki kiri Riise, mampu membuat tendangan dengan impak maksima.

Najib aka Evra
Umur - 23 tahun
Asal - Klang, Selangor
Posisi - Right-back
Kebolehan - Mempunyai intuisi pertahanan yang tidak kurang hebat daripada Nasrul, namun lebih gemar menggentel dan menghantar bola jauh ke hadapan dari merembat clear.
Kebolehan istimewa - Gemar menggunakan dummy, walaupun bola datang bergolek dan tiada rakan yang boleh menyambut. Pemain ini merupakan spot-kick taker utama pasukan ini dan cekap membuat lontaran jauh

Hanzali Jumastapha aka Schweinnsteiger
Umur - 23 tahun
Asal - Kuching, Sarawak
Posisi - Maskot Lembu
Kebolehan - Naik basikal laju-laju diwaktu malam.
Kebolehan istimewa - Walaupun bertopengkan lembu dari luar, namun mempunyai sifat dalaman seperti manusia. Dikatakan boleh menggelecek bola seperti Maradona pada zaman muda-mudanya. Sangat disayangi Aimee sekeluarga.
Nota tambahan - Walaupun hebat bermain bola sepak dahulu kala, namun dia telah membuat keputuasan untuk bersara awal untuk menguruskan "hal keluarga"

Faizul Jalal aka Lampard
Umur - 22 tahun
Asal - Petaling Jaya, Selangor
Posisi - Attacking Midfield
Kebolehan - Menggentel pelbagai jenis bola serta rajin membuat larian untuk pertahanan dan serangan. Keutuhan mentalnya dan semangat yang membara adalah kelebihan pemain ini. Gemar menggunakan bicycle kick.
Kebolehan istimewa - Pandai menggunakan webcam
Nota Tambahan - Sedang mengalami kecederaan ligament krusiat depan lutut. Tempoh untuk Faizul pulih sepenuhnya masih belum diketahui jelas.

Hizami Mohd Nor aka Makalele
Umur - 23 tahun
Asal - Selangor
Posisi - Defensive Midfielder
Kebolehan - Pemain yang cool and calm ini tampak cekap dalam mengawal bola dengan teknik tertinggi sehinggakan tiada pemain lain yang mampu mencuri bolanya. Kehebatan Hizami mendada bola juga dikagumi semua pemain lain.
Kebolehan istimewa - Pemain ini bukan saja memiliki kaki yg pantas, malah jari yg pantas, mampu menggentel menggunakan jari sehingga membuat org terpedaya.

Arifin Syah aka Malbranque
Umur - 23 tahun
Asal - Tidak pasti
Posisi - Left Midfielder
Kebolehan - Tangkas, laju dan konfiden bila mengawal bola. Pandai membuat larian-larian bijak untuk membuka ruang dari marker. Kebolehan "diving" yang tiada tara dalam Liga Atas Angin membuatkan pemain ini satu aset berharga bagi pasukan Galway.
Kebolehan istimewa - Menjual kad raya, mengutip duit PPIMG

Ahmad Fairuz aka Kaka Magik
Umur - 23 tahun
Asal - Shah Alam, Selangor
Posisi - Right-wing Forward
Kebolehan - Pemain "prodigy" ini mampu menggentel bola laju-laju seperti C. Ronaldo pastuh shoot dari tengah.
Kebolehan istimewa - pemain ini juga merupakan penalty specialist, namun masih tidak mendapat peluang untuk menyempurnakan sepakan penalti
Nota Tambahan - walaupun dah byk kali bola yg dia gentel ditekel pihak lawan, beliau tidak pernah putus asa yg akhirnya berjaya menggentel bola dan menjaringkan gol...

Che Nor Azmi aka Pimpong
Umur - 23 tahun
Asal - Kelantan
Posisi - Shadow Striker
Kebolehan - Pemain yang kreatif ini tidak kurang hebat juga apabila menggelecek bola namun sehingga kini masih belum mempunyai peluang untuk merembat masuk. Juga mampu menggunakan stepover dengan kejituan optimum.
Kebolehan istimewa - Mewakili universiti untuk permainan tenis meja

Zoolraimy Abd Ghaffar aka El Hadji Diouf
Umur - Misteri
Asal - Kuala Lumpur
Posisi - Center forward
Kebolehan - Pemain veteran yang berpengalaman ini mempunyai pelbagai jenis kebolehan menggentel bola. Bijak menggunakan kelicikan mental untuk membolosi pertahanan pihak lawan.
Kebolehan istimewa - Pantas dan efisien dalam membuat petisyen bagi menaikkan gaji bulanan pemain-pemain bola sepak.


Qebar aka Toldo
Umur - 21 tahun
Asal - Terengganu
Posisi -Goalkeeper
Kebolehan - Mengawal Nasrul dan Najib dengan ketat supaya mereka tidak dapat merembat bola masuk ke dalam gawang penjaga gol ini.
Kebolehan istimewa - Tidak diketahui umum

Pemain Simpanan

"Nawi" aka David Mitchell
Umur - 22 tahun
Asal - Subang Jaya, Selangor
Posisi - Left Attacking Midfielder
Kebolehan - Pemain import ini mampu menggelecek bola dengan penuh keyakinan yang utuh
Kebolehan istimewa - Juga mampu membuat spaghetti, kek coklat, dan puding roti

Khairul Najmi aka Chopra
Umur - 23 tahun
Asal - Ipoh, Perak
Posisi - Left Wingback
Kebolehan - Pemain yang mempunyai stamina seperti kerbau ini memang sangat digeruni pihak lawan kerana mempunyai keberanian tiga ekor kambing gurun dan tandukan burung belatuk
Kebolehan istimewa - Juga pernah mewakili universiti untuk permainan hoki tapi telah bersara dari arena hoki

Rafiq aka Puyol
Umur - 22 tahun
Asal - Bandar Tun Razak, KL
Posisi - Center back, Side back, Centre Midfield
Kebolehan - Pemain berbadan sasa ini masih belum menunjukkan potensi tertingginya tapi mempunyai kebolehan menggentel asas
Kebolehan istimewa - Pandai memasak


Honourable Mention

Sabarullah Sugiman aka Ole Gunnar Solksjaer, the Baby-faced Assasin
Umur - 23 tahun
Asal - Ipoh, Perak
Posisi - Striker. Super-sub
Kebolehan - Dalam musim lepas pada perlawanan akhir Piala Futsal Cormican, pemain lipas kudung ini telah masuk pada minit 89 dimana kedudukan masih 0-0. Mampu menyambut bola dan merembat masuk kedalam gol sekali gus membawa kemenangan.
Kebolehan istimewa - Tidak pasti
Status - Telah bersara


Pemain legenda lain yang telah bersara
Farhan Abdul Rahman aka Chimbonda
Fadzrul Abbas aka Finnan
Syed Nabil aka Eto'o
Farris Roslan aka Drogba
Nazaruddin aka Govou
Juaidy Aizat aka Pennant
Zaidan Zulkifli aka Ibrahimovich
Zaquan Abdul Ghaffar aka Heskey


Sekian sahaja untuk kali ini dari saya, Hasbullah Awang. Akhir kata Gailimh Abu!


Disclaimer: Semua diatas ini adalah untuk hiburan semata-mata, dan maklumat yang tertulis adalah tipu belaka serta tidak membawa apa-apa makna. Oleh itu diharap agar tidak ada pihak yang tersinggung kerana surat-menyurat tidak akan dilayan. haha. maafla dah lama tak ada entry.