Thursday, May 01, 2008

mengaibkan!








utusan hari ini


Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, M. Jochim berkata, dia dan rakan-rakan sebelum ini menjangka sidang Dewan berjalan secara profesional dengan ahli-ahli Parlimen membangkitkan pelbagai isu.

Bagaimanapun, dia mengakui terkejut melihat ahli Parlimen bertindak seperti kanak-kanak apabila menggelarkan satu sama lain dengan panggilan tertentu.

‘‘Saya menjangka persidangan ini akan berlangsung dalam suasana formal apabila ahli-ahli Parlimen mengemukakan pandangan mereka tetapi lain pula yang berlaku.

‘‘Saya tak sangka mereka saling memanggil satu sama lain dengan pelbagai panggilan, seperti budak-budak,” katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

Jochim adalah antara 37 pelajar SMK Sri Andalas yang menyaksikan sidang Dewan Rakyat hari ini selain pelajar dari SMK Alam Megah dan Sekolah Tinggi Kajang.

Terdahulu, semasa sidang Dewan berlangsung, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memanggil Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin sebagai ‘bigfoot’.

“Saya harap ‘bigfoot’ dari Kinabatangan tidak akan mengganggu saya. Bigfoot sit down,” kata Karpal.

Bung Moktar kemudiannya bangun dan berkata : ‘‘Berdirilah kalau berani. If I’m bigfoot, you are big monkey.”


********

haiihh

budak2 bodoh pun boleh kata korang bodoh, so korg lagi bodoh la dr diorg ni

tak matang

melayu cina india BN DAP sume sama je

sama bodoh

sama tak matang

....bahalul


uk nye parliament live telecast sepanjang aku tgk.... taknah pun pakai bigfoot or monkey
kalau diorg nk ejek pun.. diorg perli la... bile aku dengar.. terhiris jgk la gegendang telinga aku..
takde la pakai monkey atau kata2 kesat
at least nampak mcm educated dan grown-up nye argument la dari memanggil2 nama

haih

korg tu.. ahli parlimen.. pemimpin rakyat
aku ni.. cume pelajar je.. jadi aku bole la gune kata2 kesat sebab aku rakyat biase je... n aku ikut teladan pemimpin aku la..

No comments: