Sunday, May 18, 2008

Cinta Hampa (tiada kaitan dengan artikel)

Aku ingin meluahkan perassaan hampa ku terhadap melayu galway kerna sangat lah lambat dalam meluluskan persuratan ku. Akibatnya, aku tidak sempat untuk membeli study lamp lampu putih. Putih juga lah mataku. Adakah perkara seperti ini berlaku kerana tiada kebebasan bersuara di melayu galway. Ada juga beberapa mesejku yang tidak diluluskan. Mesej yang mengandungi sepatah dua perkataan sahaja. Tetapi banyak juga mesej yang telah diluluskan yang datangnya dari pelajar pelajar lain. Adakah melayugalway mengamalkan kronisme, meluluskan mesej orang orang yang dikehendaki sahaja? Iya, memang kronisme. Ini kerana suatu masa lalu, seseorang telah menghantar mesej "saya setuju". Aku juga telah menghantar mesej dua perkataan itu kepada forum melayu galway tetapi ditolak. MENGAPA! Tiada kah kebebasan bersuara? Adakah komen aku terlalu keras? Adakah 'tukang meluluskan mesej' ada masalah peribadi dengan aku? entah la, siapa tahu. Mana lah tahu, beberapa hari nanti ada org yang akan menghantar mesej tidak puas hati terhadapku pula.. HAMPA....HAMPA....hidup memang palat! esok masih ada. (semua adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah mati)

1 comment:

najib said...

tu la ko jali. tak cukup kronism la dgn jawa..