Sunday, January 24, 2010

always the bride's guest, never the bridegroom

aha
weekend ni ade 3 wedding
semalam siang was atiqah (classmates mase kat kmb, one of my best buddies) ngn johann dekat putrajaya
malam tu pulak aizat azri + majidah (both were schoolmates mase mrsm tpg)
hari ni pulak azwa (colleague kat hkl) + azrin

besok dah start keje balik.
aih.

anyways; santapan hari ini:


Friday, January 01, 2010

lelaki sepi: mengapa ia berlaku?


merujuk kpd entry najib dibawah, ada beberapa sebab perkara sebegini boleh terjadi. ada faktor individu itu sendiri dan juga orang lain. berikut adalah antara sebab mengapa perkara sebegitu boleh terjadi (susunan secara rawak):

1. kurang yakin terhadap diri sendiri utk mencari pasangan, sentiase merasakan diri sendiri tidak sesuai dgn wanita yg disukai atau merasa diri sendiri penuh kecacatan luar dan dalam
2. mungkin dia mempunyai sifat pemalu yg menebal dlm diri, malu utk berkenalan, malu utk memulakan perbualan, malu utk betentang mata dan ultimately malu utk meluahkan perasaan. ini sungguh common ok.
3. kalah sebelom berentap. lelaki itu mungkin telah berputus asa terlebih awal sebelom mencoba. merasakan diri itu akan direject sebelom berusaha. salah menggunakan salah satu 7 habits of highly effective people iaitu "begin with the end in mind"
4. sifat malas. malas utk berusaha. hanya mengharap wanita pilihan dtg kepadanya. umpama menunggu bulan jatuh ke riba.
5. cepat rasa cemburu. cemburu melihat wanita yg dia suka bergaul dengan orang lain padahal mungkin orang2 itu hanyalah teman2 biase. rasa cemburu itu menyebabkan dia merasa kurang yakin lantas berhenti untuk berusaha.
6. pengalaman pahit dimasa silam. lelaki itu mungkin pernah mengalami pengalaman keceper [kecewa percintaan] beberapa kali dimasa lepas menyebabkan dia berasa lemah diri dan berputus asa utuk mencari cinta lagi.
7. physically, lelaki itu mungkin less attractive di mata wanita yg dia sukai. ini soal subjectif. blame kat perempuan la. jgn memilih sgt ok. bab physical ni boleh dibincang di topik lain.
8. faktor keluarga. mak ayah mungkin terlalu memilih. yg disukai lelaki mungkin tak disukai mak ayah nya. faktor mak bapak juga boleh dibincang ditopik yang lain.
9. lelaki itu mungkin tidak bertemu langsung dengan wanita yg dia suka. atau mungkin tmpat dia berada itu tidak ada byk perempuan atau tidak ada langsung. contohnya di plantar minyak atau di atas kapal tangki. ini sgt bahaya!
10. terlampau byk teman wanita. lelaki tidak tahu mahu pilih yang mana satu. mahu pilih A tapi tak mahu lepaskan B. ataupun mahukan C tetapi diugut bunuh oleh D. ataupun A,B,C,D semua mahukan si lelaki dan rela bermadu, tetapi si laki tidak hingin langsung kan semuanya lantas hanya berdiam diri dengan harapan cube melupakan semuanya. lantas si lelaki takut utk mencari teman baru kerana masih dibayangi kisah2 silam.
11. terlalu sibuk. sibuk sehingga tiada masa utk bersocial. apabila sudah lewat, baru dia sedari yg wanita2 disekeliling nya sudah tidak single. lalu pilihan semakin berkurangan. merasakan ruang diri semakin sempit. lalu berputus asa
12. kurangg berdoa dan sentiase keliru. tidak tau membuat keputusan. keliru dan terus keliru. dalam masa yg sama tidak memohon petunjuk dari Allah.

perkara ini akan bertambah parah apabila kedua blah laki dan perempuan mempunyai perasaan yg sama. kedua2 mungkin malas, atau sudah berputus asa. lalu mustahil utk ada pertemuan. walau apa pun, perlu ditekankan bahawa jodoh ditangan Allah, tetapi kite kene berusaha. takde usaha tak dapek la oi!!

sekian... huhu

Thursday, December 31, 2009

Call kak puteri quickly!

program cari menantu di malaysia.







i got it from burn. i think, he tried to tell me something, hmmm.

/s

Saturday, December 19, 2009

Bassist yang gempak!

warning!!

can't be unseen.



Monday, November 30, 2009

useless

hari ni kononnye ade h1n1 vaccinations for healthcare professionals hkl

pastu bile pegi ade la matron kate "o vaccinations ni only for matrons, sisters and consultants"

diorg tu kire frontliners la kottt, yg selalu ade kat ward etc etc. exposed kpd secretions and excrements and what not.

consultant tu aku tak kisah la lagi, tp matrons tu haram tak penah buat keje pape pun kat ward. diorg cume masuk ward kejap, berleter2 la menyemak2 la.

blegh. corrupted to its core

oh aku ade dgr cite director of health ke sape tah tu merican-merican ape tah, mase jd head of dept med - kalau mase die buat rounds die akan duduk tepi tingkap (med = 4th floor), pastu die bace la notes pt, pastu kalau tak betul ke ape, die campak keluar tingkap. so terburai la notes sume. pastu ko la kena kutip pathetically kat bawah sume notes yg terburai tu

HoD aku pulak, mmg strict la. aku ade la kena ari ni. die ni hardcore arsenal fan aa. yg siotnye smlm derby chelsea arsenal. dah la arsenal kalah 3-0. aiii kena la jgk tadi. dammit

Tuesday, November 17, 2009

First lady of Malaysia

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Sultanah Nur Zahirah.

just to make sure everybody understands.

macam fauziah latif pun ada.


Sunday, November 01, 2009

fact

berkerja di hkl


so far..
ok aaa..

skrg aku tgh buat surgical rotation, dekat female ward breast & endocrine + vascular

ari jumaat ari tu 1st on call aku
uneventful
mmg nak uneventful pun
dapat la tido 2 jam
pastu kena bangun balik sbb kena amik bloods ari sabtu pagi tu (start 415am) sbb bnyk gile pt yg post-total thyroidectomy. so kena buat post op serum calcium + albumin

abis morning rounds (dalam 1130am) aku pun terus cabut utk blk ke s.a

kat hkl ni aku bnyk gile minum 100 plus + makan kat kampung baru. duit abis macam air. abis kat makan minum je. ai

Thursday, October 01, 2009

mengungkit

1st of all, Selamat hari raya aidilfitri kpd korg semua. aku di sini sihat senantiasa.




selasa next week, aku start keje (start induction + btn = start payroll) kat genting view resort.

sampai la ari ahad. selasa tu jgk la aku dpt tau hospital aku.

malas nye la.



kesian lak kat indonesia yg kena gempa bumi. in light of recent events, msia still ringan tgn utk
membantu indonesia.

aku pun hairan kenapa sebelum ni bnyk media indonesia dok p bantai pasal tarian pendet, ngn segelintir rakyat2 nye pun dok sibuk berdemonstrasi tak tentu pasal.

bile org dah berbudi, jangan la mudah lupa (ye mmg mangsa2 tu takde kaitan dgn kes antiMsia, mmg ksian... cume aku nk ckp kt the rest of them la, mrk2 yg terlibat dlm kempen antimsia, siape la rakyat msia yg x marah).

hmm. aku sebenarnye takde modal nak blog nih. lately mmg takde sumber inspirasi. tgk la kalau bile aku keje ni, kalau mcm bnyk bende2 menarik myb aku nk buat blog sendiri kot.


last skali maaf zahir dan batin hahaha

Saturday, September 26, 2009

senjata...


hehehe...
ekekkeke...
hahhaahha..
kikikiki....

Thursday, September 10, 2009

Thursday, July 30, 2009

road trip

things we did last weekend

saturday - 25/7
  1. pegi kawen aiyad
  2. menghasut najib ikut pegi langkawi
  3. pegi kangar unexpectedly, tido kat federal hotel
  4. the store - najib jawa hadi rambang mata - 15min nak pilih selipar murah. beli air mineral 6 botol
  5. makan hai thien : 12 orang, lauk : 2 siakap + 2 sotong + 1 ketam + 1 udang + 1 tow foo + 1 sayur + air tin + kacang = rm197
sunday - 26/7
  1. pegi jeti kuala perlis
  2. naik feri
  3. jawa kena mark ngn abang adik dari jeti sampai ke kaunter, last2 sume book kat abang adik. sewa wira + sentra? (aku x ingat ape kete lg satu)
  4. pegi ke langkawi boutique hotel, 130rm for a family room (x3, inclusive of breakfast)
  5. lunch dekat restoran mana tah. nasi goreng + sotong celup tepung literal
  6. pastu terus ke kereta kabel langkawi, sume mandi peluh naik tangga + matahari terik
  7. pantai tengkorak, kereta waja nyaris terbabas sbb gps penipu
  8. pantai pasir hitam, kotor, busuk. minum air kelapa (rm3), sorang sebijik. best nak mampus hahahaha
  9. pantai chenang - berendam + aku, rafiq, najib naik parasailing (rm50, 5-7min. puas). aimee hadi qama aiman dapat refund sbb dah gelap.
  10. makan kfc dekat jeti kuah
  11. boling. aimee kena titik dengan aku. jawa menang dedua game. aimee dan farah berjaya strike 1 frame dengan teknik kangkang
isnin - 27/7

  1. semua tunggu hadi habis memproses sawit
  2. pegi ke jeti kuah - utk boat island hopping
  3. pegi ke pulau dayang bunting. aimee, aiman dan qama berendam.
  4. tengok eagle feeding
  5. pegi ke pulau beras basah. sume berendam. main bullshit. rafiq juara.
  6. by tengah hari balik ke jeti kuah. terus ke kilim utk geoforest tour
  7. naik boat dari kilim pegi ke gua kelawar. busuk. tp banyak kelawar tidur. menarik tapi kejap je.
  8. pegi gua buaya, tak masuk pun
  9. pegi ke fish farm. mmule ingat cam barai. tp sbb ade budak kasi guided tour, jadi menarik. ade demonstrasi ikan sumpit, pegang ikan pari, jumpe ikan najib, ikan nyoknyok etc etc.
  10. tgk eagle feeding lagi. lebih menarik sbb lagi banyak helang dan takde orang disekeliling.
  11. abis tour kilim geoforest park. kete waja pegi shopping kat kuah jap, kete lagi satu terus balik hotel
  12. pegi pantai chenang, budak2 yg x dpt naik parasail ari sebelum tu, naik ari ni. terjumpe dgn makcik muncung. ade pakcik arab yg parasail salah jatuh, kerana salah teknik semasa nak landing. jatuh lebih teruk dari nangka busuk, dah la dari sisi nye landing. mujur takde kecederaan serius.
  13. pastu naik banana boat 9 orang, 10rm sorang. makan air laut.
  14. swimming pool
  15. makan seafood lagi, rm145.
  16. ingat nak pegi baskin robbins kat jeti utk dessert, tapi dah tutup, kecewa. pegi ke mcdonalds pun, dah tutup jugak. dengan hati yg kecewa dan hampa, terus pulang ke hotel.
  17. sume berkumpul kat bilik rafiq aiman qama. jawa men monopoly syok sendiri. die yg dapat duit sume. hadi diisytiharkan muflis
tuesday - 28/7
  1. kunci tertinggal dalam bilik lagi
  2. kete lagi satu pegi shopping kat kuah, ktorang pegi ke shopping complex yang tak bukak2 lagi
  3. kete waja terus ke jeti, men daytona, drum, ngn game spot the difference
  4. naik feri bising cam sial
  5. bawak kete dari kuala perlis ke r&r gurun. aku kena tipu rm3.50 ngn kebab sayur.
  6. hantar hadi kat teluk intan. siot jauh gile dari highway
  7. jawa hantar najib kat ktm batu tiga, hantar aku kat rumah
  8. aku pegi burger king sbb terlalu lapar

stuffs we did not get to do
minum 4 botol air mineral
bee's motel
rumah urut siam
karaoke
makan dekat restoran berputar menara alor setar
ngorat gadis bunga telur/gadis2 kedah perlis
nasrul bawak van hi-ace
monopoly (najib dah siap reka game "strip monopoly")
bunuh aimee
mahsuri - aimee dan farah tertekan sedikit
crocodile farm - jawa merajuk dalam diam

Thursday, July 09, 2009

tengah agak kebosanan
aku tak buat pape lagi yg berfaedah since sampai ari tu
takat
beli wii
beli remote controlled speedboat (baru men sekali je)

tak pegi lagi SPA/MoH/MMC/mara
malas
jimi yg memula semangat nk pegi this week sekarang dah dalam keadaan yg kebingungan

ktorg balik lambat sbb konvo lambat, so bebudak ucd etc sume dah report in, so cam sume tempat diorg dah apply so agak pointless la kalau ktorg apply skrg sbb myb dpt kuala pilah ke tawau ke etc etc moya ukah etc bario etc gua musang etc...

ntah la. fareez (budak ucd jasin batch aku) dah kena pegi induction program kat lumut in 2wks time kot. hahaha. jawabnye keje before puasa la kot. (aku rase aaaaa). biarlah aku menikmati bulan puasa dan raya sepuas-puasnya before aku start phase keje. aih. but jimi kate bile start induction program etc tu dah start masuk gaji dah. hmmmmmm. kire dah boleh aa nk apply loan kete ke ape ke.

weekend ni, ade kawan aku kawen kat seremban. yg seremban tu taktau la aku. nk g ke tak. leceh. jauh. haih. penuh dengan komplikasi.

nxt wk lak match man u. malangnye kitorg tiket termurah je la.

minggu pastu lak kawen aiyad-fatim ngn persandingan sabarullah-izzatul-balqis

pastu kawen zurita lak.


hmmmhmmm
papepun aku kena decide bile nk g laporkan diri nih.

Sunday, July 05, 2009

mari bergossip...(kawin lagi)

khabarnye.. sorang kawan kite nih... dah mulakan langkah2 awal ke gerbang perkahwinan.. cincin merisik bernilai 200 inggit telahpun diberi... katanya kalau tiada aral yang melintang... insyaAllah majlis pertunangan akan diadakan ogos 2010 (ye... TAHUN DEPAN!) dan nikahnya pada december 2010... wang hantaran sekitar 8500 inggit dan mas kawin bernilai 1000 inggit...

kawan kitenye katenye sedang berusaha untuk mengumpul wang lebihkurang 12 riibu lagi untuk majlis perkahwinan...setahu aku la kan... selalunye mak pak akan support le duit untuk wat majlis... biase le... mak pak mane tak suke tgk anak kawin kan... lain la mak pak tuh nak tgk anak kawin kat jabatan agama jer...

haaa bagus la tuh kan... sorang sorang kawan2 kite dah pk pasal kawin... hantaran tuh pun kire ok la kan... takde la mahal sgt... sesuai la untuk org2 baru bekeje...satu lagi... tuh maknenye mak pak dia tak jual anak mahal2 walopun ade degree ...bagus2...selain memudahkan pekahwinan juga dpt mengelakan dri meminjam along2 yg kerajaan kite sibuk nak benteras skang..

ok so skang nih.. aku pun buat mind set " kawin-tak-lebih-9ribu-kalo-lebih-itu-jual-anak" hahahaahhaha

Saturday, June 27, 2009

kawinnn o kawinnnn

antara ahli2 rumah pecah... sape kah yang akan kawin dahulu??? satu analisa peribadi...

kebar...

sepanjang aku kenal dia aku tak penah tau dia ade awek ke tak... macam takde... gosip dgn sesorg gadis yang aku kenal macam penah dgr... tapi seperti tiada apaa2.... so aku rase nih mmg lambat lagi la kawin nih... maybe kebar akn kawin umur 30 tahun... sebab sibuk dgn kerjaya... dan mahu spend duit kat koleksi peribadi seperti jam2 mahal..blink2.. pakaian2 berjenama ataupun kereta mewah...

najib...

semenjak aku kenal najib... rasenye dia tidak pernah ade hubungan series dgn mana2 wanita... pernah terdengar suatu nama yg ada possibility untuk dijadikan teman hidup tetapi umpama tidak kesampaian... najib seperti "lek lek sudaaaa"... tidak nampak begitu desperate mahukan teman hidup... ataupun dia mengambil langkah berdiam diri dalam masa yang sama sentiasa memerhati sana dan sini... aku jangka najib akan kawin 3 tahun selepas bekerja...

peqli...

terdapat bebrapa nama pernah dikaitkan dengannya... ada yang pernah menjalani beberapa tempoh tertentu bersamanya... kesudahan episode itu nampaknya tidak begitu baik.... sudah bebrape kali ku dgr ayat2 seperti "aahhh aku tunggu next batch datanggg".... tetapi seperti tiada apa yang berlaku... melihat attitude dirinya aku yakin dia akan menemui sessorang suatu hari nnt... memandangkan saham peqli sudah melonjak naik berpuluh2 mata di dalam bursa saham kuala lumpur semenjak hujung bulan may yang lalu...hmmm kononnya mahu menyunting gadis2 bunga telur... tapi haramm tak buat pun hahahaha... aku bajet dia kawin 2-3 tahun lepas keje...

jali....

haaa tu diaaa... nama yang tidak asing... sudah berstatus " in a relationship" selama 5 tahun... mula bertentang mata di dunaras..siapa yang tidak tahu pasangan ini? mereka yang mempunyai mirip muka yg lebih kurang sama ini mungkin sudah cemuih (= jemu) dgn soklan cepumas iaitu "bila mau kawin?"... mereka gagah menempuhi segala cabaran bersama2... dipihak perempuan seperti hanya menunggu green lite dari pihak lelaki... pihak lelaki masih tidak memberikan kata putus iaitu bila... tetapi aku yakin.... mereka inilah yang akan kawin paling cepat berbanding yang lain... mungkin dalam masa tahun pertama bekerja...


jawa...

takde kes...itu saja


apa2 pun... kite tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam masa beberapa tahun ini...

sekian............

Monday, June 22, 2009

aimee suke nih


memang favourite die.

Sunday, June 07, 2009

hahaa



objektif musim panas ini : memburu gadis-gadis bunga telur

Thursday, May 28, 2009

rumah pecah

officially mulai dari hari esok, blog ni aku tukar nama jadi rumah pecah.

aku balik msia
jali & kebar judas masuk rumah maple leaf, shantalla
najib masuk rumah ronny, ezal, fahmi kat moyola


haih.

maaf la kalau sejak kebelakangan ini kualiti-kualiti post kitorang menurun (copy n paste, youtube etc etc). masing2 sibuk dgn hal masing2.

Saturday, May 23, 2009

Tuesday, May 19, 2009

retraction

korang ingat lagi tak berita pasal budak umur 12 taun yg dapat anak tu?

http://rumahketat.blogspot.com/2009/02/dunia-ini-sudah-gila.html


rupa2nye bukan anak die pun
http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/8056700.stm

hahha
oleh itu, sebelum melatah, tgk la dulu source