Saturday, October 13, 2007

aiyayayaya

ye just gotta hate those biased surveys

from utusan (its a survey, but i dont know how to copy and put it in a questionnaire format- anggap the bullets as a box for ticking):

Kerajaan akan menjalankan kajian terperinci sebelum menghantar angkasawan kedua negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Pada pendapat saya, program angkasawan negara ini wajar diteruskan kerana:
  • Meletak Malaysia di kalangan negara-negara elit.
  • Membantu bidang penyelidikan dan pembangunan.
  • Menyumbang usaha penerokaan angkasa lepas.
  • Manifesta terbaik pemikiran, sikap Malaysia Boleh.
  • Angkasawan boleh jadi ikon baru generasi muda.

biased biased biased biased

(no im not against the government. cuma nak pertikai some decisions; tanggungjawab semua rakyat. semua decision kerajaan harus to be up to the citizen's best interest. and dapat untung and bukan deficit)

-tapi kalau, and i mean betul2 kalau. kalau lah dapat untung dari projek yg baru buat ni.. be my guest la. janji untung tu bukan certain individuals je la yang bolot semua.

xoxo

aku yang suka merapu

Friday, October 12, 2007

selamat hari raya

selamat hari raya kepada semua org. minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, baik yg lepas lepas atau pon yg akan datang. kalo ade hutang lame2 yg dah tak igt tu halal je la. makn minum semua, halal je la. tak luak duit jpa/mara tuh. sedar tak sedar dah 4 tahun aku tak raya dgn family... hmmmmm.




aku rase aku dah paham betul-betul maksud peribahasa nih..
==> hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.

Thursday, October 04, 2007

Let's be serious for now..(blunt content)


Ini adalah percubaanku untuk menjadi serius sejenak sambil mendengar lagu tema siri kartun Doraemon.

Aku nye pendapat begini. Melayu mudah dengki. YES! DENGKI! bukan denggi. HASAD DENGKI! Tapi dengki pasal apa? entah lah.. aku pun tak tau..mungkin sebab selalu kene brainwash ngan bapak aku kot. Aku pun ada sifat dengki gak. mesti la.. melayu kan. tapi sesetengah orang nye dengki lagi kuat. Ade je x puas hati ngan orang ni la org tu la.. Pastu lak suke sound org lain, pandang slack la ape la.. Tension la wey camtu. Salah cakap sikit (idol) nak gaduh. salah sikit, gaduh. Gaduh kat website group lak tu. Tu dah kire in public la tu. Nk tegur pun tegur la personally. Aku pun serabut tgk email, sorang cakap camni, sorang fire camni. Tgk orang bertumbuk lagi best. kesimpulannya, ikut lah sikap-sikap positif orang jepun. hardworking dan selalu tunduk kepala.

Kalau dah baca sampai sini, terima kasih la kerna mendengar bebelanku.
saje je nak menyuarakan pendapat di blog ni. kasi blog hangat sket. kontroversi la wei!

Saturday, September 29, 2007

Anaesthetists




aku tak tau nape tapi aku rase bende ni mmg sebijik ngan ape yg aku tgk kat ot.

Sunday, September 16, 2007

Pasukan Bola Galway

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam entri kali ini kita akan membuat satu penilaian terperinci bertumpukan pemain-pemain professional pasukan bola sepak Galway untuk Liga Atas Angin Divisyen 1 bagi musim kali ini.

Pemain-pemain Aktif

Nasrul Hadi aka Higginbotham
Umur - 23 tahun
Asal - Teluk Intan, Perak
Posisi - Center-back, Sweeper
Kebolehan - Trap bola, gentel-gentel sikit, dan clear walaupun takde threat.
Kebolehan istimewa - Gentel 3 biji bola sekaligus. Namun skill ini hanya boleh digunakan untuk masa yang terhad. Kaki kirinya dikatakan setanding dengan kaki kiri Riise, mampu membuat tendangan dengan impak maksima.

Najib aka Evra
Umur - 23 tahun
Asal - Klang, Selangor
Posisi - Right-back
Kebolehan - Mempunyai intuisi pertahanan yang tidak kurang hebat daripada Nasrul, namun lebih gemar menggentel dan menghantar bola jauh ke hadapan dari merembat clear.
Kebolehan istimewa - Gemar menggunakan dummy, walaupun bola datang bergolek dan tiada rakan yang boleh menyambut. Pemain ini merupakan spot-kick taker utama pasukan ini dan cekap membuat lontaran jauh

Hanzali Jumastapha aka Schweinnsteiger
Umur - 23 tahun
Asal - Kuching, Sarawak
Posisi - Maskot Lembu
Kebolehan - Naik basikal laju-laju diwaktu malam.
Kebolehan istimewa - Walaupun bertopengkan lembu dari luar, namun mempunyai sifat dalaman seperti manusia. Dikatakan boleh menggelecek bola seperti Maradona pada zaman muda-mudanya. Sangat disayangi Aimee sekeluarga.
Nota tambahan - Walaupun hebat bermain bola sepak dahulu kala, namun dia telah membuat keputuasan untuk bersara awal untuk menguruskan "hal keluarga"

Faizul Jalal aka Lampard
Umur - 22 tahun
Asal - Petaling Jaya, Selangor
Posisi - Attacking Midfield
Kebolehan - Menggentel pelbagai jenis bola serta rajin membuat larian untuk pertahanan dan serangan. Keutuhan mentalnya dan semangat yang membara adalah kelebihan pemain ini. Gemar menggunakan bicycle kick.
Kebolehan istimewa - Pandai menggunakan webcam
Nota Tambahan - Sedang mengalami kecederaan ligament krusiat depan lutut. Tempoh untuk Faizul pulih sepenuhnya masih belum diketahui jelas.

Hizami Mohd Nor aka Makalele
Umur - 23 tahun
Asal - Selangor
Posisi - Defensive Midfielder
Kebolehan - Pemain yang cool and calm ini tampak cekap dalam mengawal bola dengan teknik tertinggi sehinggakan tiada pemain lain yang mampu mencuri bolanya. Kehebatan Hizami mendada bola juga dikagumi semua pemain lain.
Kebolehan istimewa - Pemain ini bukan saja memiliki kaki yg pantas, malah jari yg pantas, mampu menggentel menggunakan jari sehingga membuat org terpedaya.

Arifin Syah aka Malbranque
Umur - 23 tahun
Asal - Tidak pasti
Posisi - Left Midfielder
Kebolehan - Tangkas, laju dan konfiden bila mengawal bola. Pandai membuat larian-larian bijak untuk membuka ruang dari marker. Kebolehan "diving" yang tiada tara dalam Liga Atas Angin membuatkan pemain ini satu aset berharga bagi pasukan Galway.
Kebolehan istimewa - Menjual kad raya, mengutip duit PPIMG

Ahmad Fairuz aka Kaka Magik
Umur - 23 tahun
Asal - Shah Alam, Selangor
Posisi - Right-wing Forward
Kebolehan - Pemain "prodigy" ini mampu menggentel bola laju-laju seperti C. Ronaldo pastuh shoot dari tengah.
Kebolehan istimewa - pemain ini juga merupakan penalty specialist, namun masih tidak mendapat peluang untuk menyempurnakan sepakan penalti
Nota Tambahan - walaupun dah byk kali bola yg dia gentel ditekel pihak lawan, beliau tidak pernah putus asa yg akhirnya berjaya menggentel bola dan menjaringkan gol...

Che Nor Azmi aka Pimpong
Umur - 23 tahun
Asal - Kelantan
Posisi - Shadow Striker
Kebolehan - Pemain yang kreatif ini tidak kurang hebat juga apabila menggelecek bola namun sehingga kini masih belum mempunyai peluang untuk merembat masuk. Juga mampu menggunakan stepover dengan kejituan optimum.
Kebolehan istimewa - Mewakili universiti untuk permainan tenis meja

Zoolraimy Abd Ghaffar aka El Hadji Diouf
Umur - Misteri
Asal - Kuala Lumpur
Posisi - Center forward
Kebolehan - Pemain veteran yang berpengalaman ini mempunyai pelbagai jenis kebolehan menggentel bola. Bijak menggunakan kelicikan mental untuk membolosi pertahanan pihak lawan.
Kebolehan istimewa - Pantas dan efisien dalam membuat petisyen bagi menaikkan gaji bulanan pemain-pemain bola sepak.


Qebar aka Toldo
Umur - 21 tahun
Asal - Terengganu
Posisi -Goalkeeper
Kebolehan - Mengawal Nasrul dan Najib dengan ketat supaya mereka tidak dapat merembat bola masuk ke dalam gawang penjaga gol ini.
Kebolehan istimewa - Tidak diketahui umum

Pemain Simpanan

"Nawi" aka David Mitchell
Umur - 22 tahun
Asal - Subang Jaya, Selangor
Posisi - Left Attacking Midfielder
Kebolehan - Pemain import ini mampu menggelecek bola dengan penuh keyakinan yang utuh
Kebolehan istimewa - Juga mampu membuat spaghetti, kek coklat, dan puding roti

Khairul Najmi aka Chopra
Umur - 23 tahun
Asal - Ipoh, Perak
Posisi - Left Wingback
Kebolehan - Pemain yang mempunyai stamina seperti kerbau ini memang sangat digeruni pihak lawan kerana mempunyai keberanian tiga ekor kambing gurun dan tandukan burung belatuk
Kebolehan istimewa - Juga pernah mewakili universiti untuk permainan hoki tapi telah bersara dari arena hoki

Rafiq aka Puyol
Umur - 22 tahun
Asal - Bandar Tun Razak, KL
Posisi - Center back, Side back, Centre Midfield
Kebolehan - Pemain berbadan sasa ini masih belum menunjukkan potensi tertingginya tapi mempunyai kebolehan menggentel asas
Kebolehan istimewa - Pandai memasak


Honourable Mention

Sabarullah Sugiman aka Ole Gunnar Solksjaer, the Baby-faced Assasin
Umur - 23 tahun
Asal - Ipoh, Perak
Posisi - Striker. Super-sub
Kebolehan - Dalam musim lepas pada perlawanan akhir Piala Futsal Cormican, pemain lipas kudung ini telah masuk pada minit 89 dimana kedudukan masih 0-0. Mampu menyambut bola dan merembat masuk kedalam gol sekali gus membawa kemenangan.
Kebolehan istimewa - Tidak pasti
Status - Telah bersara


Pemain legenda lain yang telah bersara
Farhan Abdul Rahman aka Chimbonda
Fadzrul Abbas aka Finnan
Syed Nabil aka Eto'o
Farris Roslan aka Drogba
Nazaruddin aka Govou
Juaidy Aizat aka Pennant
Zaidan Zulkifli aka Ibrahimovich
Zaquan Abdul Ghaffar aka Heskey


Sekian sahaja untuk kali ini dari saya, Hasbullah Awang. Akhir kata Gailimh Abu!


Disclaimer: Semua diatas ini adalah untuk hiburan semata-mata, dan maklumat yang tertulis adalah tipu belaka serta tidak membawa apa-apa makna. Oleh itu diharap agar tidak ada pihak yang tersinggung kerana surat-menyurat tidak akan dilayan. haha. maafla dah lama tak ada entry.

Thursday, August 30, 2007

Videoclip sulong


Akhirnya..setelah lame tertangguh2... RumahKetat Production berjaya membuat satu videoclip lagu...

clip ini dirakam hanya sekali saja... tanpa sebarang skrip atau choreohraphy...spontan belaka...

ape2 pun.. enjoy...=)


Wednesday, August 08, 2007

headshot... lawak nak mampus



p/s: kene mask tak sakit kot

Friday, July 13, 2007

of absolute stupidity and intolerable ignorance

hari ni aku g masjid jamek utk solat jumaat
sebab
ade meeting kat pwtc
kate nak start pkl 3
tgk2
org sume sibuk makan2 and cakap2
last2 start pkl 345 kot
ke pkl 4
argh
pastu habis meeting pkl 515 kot
aku naik ktm pkl 545
sampai rumah dalam 630

pastu g subang lepas dinner ie pkl 815
kate nk stop pkl 12
tp last game meleret
argh
bodo
lain kali
aku akan jadi more self assertive and stop bile kena stop
=S


p/s: maaf if blog tak make any sense


on another note
i was there when malaysia was thrashed 5-1. well at least i was literally there until 4-1. minit ke 80 aku jimi hadi decided to leave it be
sigh
they cudve done better

well i cudve done better today too
no use crying over spilt avocado juice
sigh

Monday, July 09, 2007

kantoi

hari ini aku pegi ke taman tasik shah alam
saje2 takde keje
pastu kena side parking
aisehhhh
hahahha
lama la jugak aku try
memalukan2
side parking - enemy aku nombor 4 (nombor 1 setan, nombor 2 zionis, nombor 3 amarika)
hahahaa
ah well
tu je la kisah aku pada hari ini

Tuesday, June 26, 2007

andalusia- spain




Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar

Cahayamu sediakala

Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

Cahayamu tiada tara

Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia

Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air

tribute to m nasir.

Thursday, June 21, 2007

spain...

sekadar gambar permulaan untuk kisah pengembaraan kami dibumi spain....

Sunday, June 17, 2007

spain

aku nak tulis pasal spain tapi tgh takde mood skang. mungkin nanti-nanti.

Sunday, June 10, 2007

hari keluarga d'kayangan 2007

hahaa
walaupun takde kaitan ngn rumah ketat
wth
ade men basket ari ni as one of the events
(siot je aku asyik ajak melayu cina ngn bob-sorry aku takbrpsureaperace bob- call me ignorant, then, asyik ade je alasan. siot)
aku punye semangat tak makan pape langsung sbb tanak senak hahahaha
1st match grp a lawan grp c (c = grp aku)
lawan punye lawan, ktorg down 2-3 lepas hmmm.... 7-8mins? (game die consist of 2 halves of 5mins, 1 for each fgs... takde 3 pointer)
lepas tu tibe2 aku bersinar... score 2 fgs pastu terus masuk semifinal... hahahaha
bangga bangga
malangnye mase final ktorg kalah teruk... ade siot punye budak tanak pass kat aku.. pastu aku dah pancit teruk.. aihhhhhh
tapi lawan ngn pakcik2 tua je.. ngn anak2 diorg.. tp boleh tahan la jugak pakcik2 tua nihhh

hahaa
tu je la rentetan aku sepanjang 4 ari kat msia ni
hahaha

hadiah 2nd place? 1 pack milo 3-in-1 instant
cheh

Tuesday, June 05, 2007

balik kampung


bak kata sudirman,
"Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang"

hooohoohoohooo

=(

Monday, June 04, 2007

musim panas kembalik lagi...

cuti summer dah start... org ramai dah blah dari galway....yg tinggal ade la 5-6 ekor.. hmmm jali dah blah gi italy... peqli nak balik mesia selase nnt... aku ngn najib plak nak gi spain selase nnt!!! yahooOOOooOOooooo

-edisi bosan nak mampus tak tau nak buat ape-

Monday, May 07, 2007

senjata pemecah alam

brand new single...
"impak maksima"
summer 2007...
panassss

Sunday, May 06, 2007

spiderman3


beginilah perasaan kitorang selepas tgk cerita nih. banyak sgt scene mengarut, siap spidey tu menari2 lagi. hampeh tol. aku tak suke org jahat dlm nih, tak macho sungguh. kesimpulan cite nih meleret, pastu part lawan tak banyak sgt. aku bagi 7/10. hype je lebey.

Saturday, April 28, 2007

stop motion winter holiday

haha, ni video kitorg buat mase winter..
tgh bosan2 tu wat la bende nih.

Thursday, April 05, 2007

off to sweden

(nxt yr aku tanak jalan mane2).... (kot)

Sunday, March 11, 2007

just fucking sick

its here
sorry, had to use the f word. cam sial. mmg sial. its just sick.
and sorry about the 3rd consecutive entry