Sunday, January 24, 2010

always the bride's guest, never the bridegroom

aha
weekend ni ade 3 wedding
semalam siang was atiqah (classmates mase kat kmb, one of my best buddies) ngn johann dekat putrajaya
malam tu pulak aizat azri + majidah (both were schoolmates mase mrsm tpg)
hari ni pulak azwa (colleague kat hkl) + azrin

besok dah start keje balik.
aih.

anyways; santapan hari ini:


Friday, January 01, 2010

lelaki sepi: mengapa ia berlaku?


merujuk kpd entry najib dibawah, ada beberapa sebab perkara sebegini boleh terjadi. ada faktor individu itu sendiri dan juga orang lain. berikut adalah antara sebab mengapa perkara sebegitu boleh terjadi (susunan secara rawak):

1. kurang yakin terhadap diri sendiri utk mencari pasangan, sentiase merasakan diri sendiri tidak sesuai dgn wanita yg disukai atau merasa diri sendiri penuh kecacatan luar dan dalam
2. mungkin dia mempunyai sifat pemalu yg menebal dlm diri, malu utk berkenalan, malu utk memulakan perbualan, malu utk betentang mata dan ultimately malu utk meluahkan perasaan. ini sungguh common ok.
3. kalah sebelom berentap. lelaki itu mungkin telah berputus asa terlebih awal sebelom mencoba. merasakan diri itu akan direject sebelom berusaha. salah menggunakan salah satu 7 habits of highly effective people iaitu "begin with the end in mind"
4. sifat malas. malas utk berusaha. hanya mengharap wanita pilihan dtg kepadanya. umpama menunggu bulan jatuh ke riba.
5. cepat rasa cemburu. cemburu melihat wanita yg dia suka bergaul dengan orang lain padahal mungkin orang2 itu hanyalah teman2 biase. rasa cemburu itu menyebabkan dia merasa kurang yakin lantas berhenti untuk berusaha.
6. pengalaman pahit dimasa silam. lelaki itu mungkin pernah mengalami pengalaman keceper [kecewa percintaan] beberapa kali dimasa lepas menyebabkan dia berasa lemah diri dan berputus asa utuk mencari cinta lagi.
7. physically, lelaki itu mungkin less attractive di mata wanita yg dia sukai. ini soal subjectif. blame kat perempuan la. jgn memilih sgt ok. bab physical ni boleh dibincang di topik lain.
8. faktor keluarga. mak ayah mungkin terlalu memilih. yg disukai lelaki mungkin tak disukai mak ayah nya. faktor mak bapak juga boleh dibincang ditopik yang lain.
9. lelaki itu mungkin tidak bertemu langsung dengan wanita yg dia suka. atau mungkin tmpat dia berada itu tidak ada byk perempuan atau tidak ada langsung. contohnya di plantar minyak atau di atas kapal tangki. ini sgt bahaya!
10. terlampau byk teman wanita. lelaki tidak tahu mahu pilih yang mana satu. mahu pilih A tapi tak mahu lepaskan B. ataupun mahukan C tetapi diugut bunuh oleh D. ataupun A,B,C,D semua mahukan si lelaki dan rela bermadu, tetapi si laki tidak hingin langsung kan semuanya lantas hanya berdiam diri dengan harapan cube melupakan semuanya. lantas si lelaki takut utk mencari teman baru kerana masih dibayangi kisah2 silam.
11. terlalu sibuk. sibuk sehingga tiada masa utk bersocial. apabila sudah lewat, baru dia sedari yg wanita2 disekeliling nya sudah tidak single. lalu pilihan semakin berkurangan. merasakan ruang diri semakin sempit. lalu berputus asa
12. kurangg berdoa dan sentiase keliru. tidak tau membuat keputusan. keliru dan terus keliru. dalam masa yg sama tidak memohon petunjuk dari Allah.

perkara ini akan bertambah parah apabila kedua blah laki dan perempuan mempunyai perasaan yg sama. kedua2 mungkin malas, atau sudah berputus asa. lalu mustahil utk ada pertemuan. walau apa pun, perlu ditekankan bahawa jodoh ditangan Allah, tetapi kite kene berusaha. takde usaha tak dapek la oi!!

sekian... huhu